My Add

Thursday 10 May 2012

Malaysia jadi sebahagian j/kuasa pemantau bersama IDB

KUALA LUMPUR, KHAMIS, 10 Mei, 2012: Malaysia bersetuju menjadi sebahagian daripada jawatankuasa pemantauan bersama Bank Pembangunan Islam (IDB) untuk memantau pelaksanaan perkongsian antara Malaysia dan negara anggota IDB, kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed. 

Bagaimanapun, beliau enggan memberikan sebarang butiran lanjut mengenai perkongsian itu.

Mustapa berkata demikian kepada pemberita di sidang akhbar bersama di luar Forum Pelaburan Malaysia-IDB Group.

Terdahulu, Presiden IDB Group, Tan Sri Dr Ahmad Mohamed Ali mencadangkan penubuhan kumpulan pemantauan bersama yang akan bertemu dari semasa ke semasa untuk memantau semua pelaburan antara Malaysia dan negara anggota IDB. 

Ahmad berkata, cadangan itu adalah untuk memastikan pelaksanaan sepenuhnya Strategi Perkongsian Negara Anggota (MCPS) bagi Malaysia, yang bertujuan meningkatkan secara proaktif kerjasama Selatan-Selatan dengan menggalakkan perjanjian berkembar, pemindahan teknologi, pertukaran amalan terbaik dan kerjasama teknikal. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment