My Add

Wednesday 9 May 2012

Malaysia terbukti selamat

KUALA LUMPUR, SELASA, 08 Mei, 2012: Malaysia terbukti sebuah negara yang selamat dan mengambil berat kebajikan pekerja asing terutamanya dari Indonesia yang mencari nafkah sejak tahun 80-an lagi.

Pengarah Kajian Sosiologi Indonesia di Malaysia, Khairuddin Harahap berkata, dakwaan yang mengatakan bahawa Malaysia adalah sebuah negara yang tidak selamat untuk pekerja Indonesia terutamanya wanita adalah tidak benar sama sekali.

Menurutnya, walaupun wujud kes-kes penganiayaan tetapi ia dalam jumlah yang sangat kecil dan dianggap sebagai isu terpencil.

"Majoriti pekerja Indonesia berasa selamat dan berpuas hati dengan persekitaran di Malaysia dan buktinya sejak awal 80-an lagi, tenaga kerja Indonesia tidak putus-putus memohon untuk bekerja di sini.

"Malah, terdapat ramai juga warga Indonesia yang kembali memohon untuk bekerja di Malaysia sesudah tamat kontrak mereka yang terdahulu," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment