My Add

Saturday 12 May 2012

Mayat lelaki hampir reput ditemui dalam tangki air

TAWAU, SABTU, 12 Mei, 2012: Mayat seorang lelaki bogel dan hampir reput dijumpai di dalam sebuah tangki simpanan air di Projek Perumahan Rakyat Sri Titingan dekat sini pagi tadi. 

Mayat dijumpai oleh seorang kakitangan pengurusan perumahan berkenaan kira-kira 8.30 pagi selepas mendapat aduan penghuni bahawa air yang mereka gunakan sejak seminggu lalu berbau seperti bahan pencuci dan busuk.
Ketua Polis Daerah Tawau, ACP Ibrahim Chin, mengesahkan penemuan mayat berkenaan.

"Siasatan awal kita mendapati tiada unsur jenayah dalam kes ini namun siasatan lanjut masih dijalankan," katanya. 

Pembantu Menteri Kewangan Sabah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Apas, Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan, mahu Jabatan Kesihatan dan Jabatan Kimia sentiasa memeriksa tangki simpanan air di kawasan perumahan. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment