My Add

Tuesday 15 May 2012

MB Selangor nafi PKNS taja kempen pilihan raya Selangor

SHAH ALAM, SELASA, 15 Mei, 2012: Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini menafikan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) menaja kempen pakatan pembangkang di Selangor pada pilihan raya umum akan datang. 

Menyifatkan perkara itu sebagai fitnah, Abdul Khalid yang juga Pengerusi PKNS mencabar mereka yang membuat dakwaan supaya tampil dan membuat laporan.

"...sekiranya benar dan ada bukti, sila tampil dan buat laporan," katanya selepas merasmikan Muzakarah Penolong Pendaftar Nikah Negeri Selangor 2012, di sini.
Beliau diminta mengulas dakwaan sebuah blog yang antara lain turut menyatakan maklumat itu diperolehi menerusi "orang dalam" PKNS. 

Mengulas lanjut, Abdul Khalid berkata, jika benar perkara itu berlaku, beliau sebagai Pengerusi PKNS akan memastikan perbuatan tersebut dihentikan. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment