My Add

Monday 21 May 2012

Melayu perlu tolak usaha bawa masuk budaya songsang

*MOHAMMAD Shafie Asnawi (tiga dari kiri) melihat kain rentang perasmian Pertiga Selangor sambil diperhatikan Jamaludin Mohd. Rani (kiri), Sabaruddin Ahmad (dua dari kiri) dan Noriah Kasnon di Kuala Selangor, semalam.

KUALA SELANGOR, AHAD, 20 Mei, 2012: Masyarakat Melayu di negara ini perlu menolak segala usaha pihak tertentu untuk membawa masuk perkara negatif yang bertentangan dengan ajaran Islam.

Pengasas Pertubuhan Islam Gabungan Amal (Pertiga), Sabaruddin Ahmad berkata, sekiranya penyebaran budaya negatif itu tidak dihalang, ia dibimbangi akan merosakkan akidah umat Islam di negara ini.

Beliau berkata, semua pihak termasuk individu dari luar perlu menghormati hukum Islam memandangkan ia adalah agama rasmi negara ini.

Menurutny, orang Melayu perlu menolak sebarang usaha jahat pihak tidak bertanggungjawab ini dan ia tidak boleh dibiarkan begitu sahaja. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment