My Add

Sunday 20 May 2012

Minta siasat budak terbiar

Oleh HAMID KARIM
SHAH ALAM, AHAD, 29 Mei, 2012: Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) digesa menjalankan siasatan segera latar belakang seorang kanak-kanak berusia enam tahun yang ditemui berseorangan di padang awam Isnin lalu, ekoran wujud gambar dipercayai sepupu perempuan kanak-kanak itu dalam keadaan muka mempunyai kesan lebam.

Metro Ahad yang memperoleh tiga keping gambar berkenaan, difahamkan kanak-kanak perempuan itu adalah anak wanita yang mengaku ibu saudara dan menuntut budak itu daripada penjagaan JKM selepas dia diserahkan kepada Balai Polis Seksyen 15, di sini, beberapa hari lalu.

Menerusi gambar itu, muka kanak-kanak perempuan terbabit dilihat mempunyai kesan lebam kebiruan pada pipi sebelah kiri, manakala dua gambar yang lain dikatakan mempunyai kesan merah lima jari seperti dikasari menggunakan tangan.

Sumber yang merakamkan gambar itu berkata, foto berkenaan dirakamnya beberapa bulan lalu sebagai bukti jika berlaku sebarang tohmahan atau siasatan untuk dijadikan bahan bukti.

Beberapa jiran memberitahu, kanak-kanak perempuan itu kini dikatakan tinggal serumah bersama ibu kandungnya di sebuah unit flat kediaman di Kota Kemuning, dekat sini.

Difahamkan, ibu kanak-kanak perempuan dan ibu budak itu adalah adik beradik dan kedua-duanya ibu tunggal yang dikatakan berasal dari Port Dickson, Negeri Sembilan. 

No comments:

Post a Comment