My Add

Sunday 13 May 2012

MPT arah semua parti turunkan bendera dalam temph 3 hari

TEMERLOH, AHAD, 13 Mei, 2012: Majlis Perbandaran Temerloh (MPT) memberikan tempoh tiga hari kepada parti politik supaya menurunkan bendera parti yang dipasang di sekitar daerah itu. 

Yang Dipertua MPT, Datuk Tariff Abdul Rahman, berkata selepas tempoh berkenaan, pihaknya akan bertindak menurunkan semua bendera yang dipasang itu.

"Sekalipun pilihan raya umum ke-13 diramal semakin dekat, ia masih terlalu awal untuk pasang bendera parti," katanya di sini, hari ini.

Beliau berkata, tindakan itu diambil bagi memastikan bendera atau pemasangan poster dan kain rentang itu tidak mengganggu lalu lintas dan membahayakan pengguna jalan raya. 

"Kami minta kerjasama semua parti politik supaya menurunkan bendera masing-masing yang memenuhi kawasan tumpuan awam," katanya. 

Beliau berkata, semua parti politik yang ingin menggantung kain rentang, poster dan bendera masing-masing semasa pilihan raya nanti perlu memohon permit daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM), bukannya MPT. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment