My Add

Thursday 3 May 2012

Muhyiddin gesa swasta bantu perkembangan sukan sekolah

MUAR, KHAMIS, 03 Mi, 2012: Kementerian Pelajaran merancang mengadakan kerjasama dengan pihak swasta untuk membangunkan infrastruktur dan kemudahan sukan di sekolah-sekolah dalam usaha menjayakan dasar 1 Murid 1 Sukan.

Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata usaha untuk meningkatkan prasarana sukan di sekolah membabitkan kos yang besar menyebabkan pihaknya merancang menggunakan pendekatan lain bagi membolehkan pihak swasta turut membantu menjayakan usaha berkenaan.

"Kita mohon kerjasama dan sumbangan daripada syarikat swasta untuk tampil membantu kementerian menaja program sukan, peralatan dan bahan sukan untuk sekolah.

"Walaupun sekolah dapat peruntukan, namun mereka perlukan lebih banyak bantuan lain termasuk keperluan sukan dan infrastruktur sukan," katanya.

Muhyiddin yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata demikian selepas majlis Penyerahan Sumbangan Bola Sepak Berjaya Corporation Bhd-7 Eleven-Cosway Bhd di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jalan Junid di sini, hari ini. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment