My Add

Monday 21 May 2012

Muzakarah tidak perlu syarat jika ikhlas

KUALA LUMPUR, ISNIN, 21 Mei, 2012: Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata Mursyidul Am Pas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak ikhlas apabila mengenakan syarat untuk muzakarah PAS bersama Umno.

Sambil menganggap muzakarah itu sebagai cerita lama, beliau berkata muzakarah itu tidak mempunyai makna apabila Pas meletakkan syarat tertentu kepada Umno dalam mencapai kesefahaman.

"Saya sendiri, sepanjang tempoh kerjaya, telah bertemu dengan teori Nik Aziz banyak kali.

"Saya tidak begitu ghairah untuk menyatakan kita perlu terus membuka dan membuat perhitungan dengan beliau tetapi sekiranya beliau ikhlas, muzakarah tidak perlu ada syarat. Baru boleh kita katakan persahabatan Islamiah dan persahabatan sebangsa dan seperjuangan untuk masa depan Malaysia.

"Tetapi kalau bersyarat itu bukan ikhlas. Saya tidak yakin ini akan menjadi sesuatu yang lebih daripada cakap surat khabar," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Program Latihan Pengurusan dan Pembangunan Asas Media Baru kepada Mubarak dan Veteran UMNO di sini, hari ini.

Rais diminta mengulas cadangan Nik Aziz, yang juga Menteri Besar Kelantan, mengadakan muzakarah bersama UMNO sebelum pilihan raya umum ke-13 (PRU-13), namun beliau meminta UMNO mematuhi beberapa perkara yang akan ditentukan oleh Pas sekiranya ingin bersatu dan mencapai kesefahaman.- BERNAMA

No comments:

Post a Comment