My Add

Tuesday 8 May 2012

Najib rasmi empat acara di Selangor Khamis ini

SHAH ALAM, SELAS, 08 Mei, 2012:: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, akan merasmikan secara serentak empat acara anjuran Barisan Nasional (BN) Selangor termasuk Pusat Khidmat Rakyat (Pakar) di pejabat UMNO negeri di sini Khamis ini.

Koordinator BN Selangor, Datuk Seri Mohd Zin Mohamed, berkata Najib yang juga Pengerusi BN akan turut melancarkan lagu "Sayangi Selangor Yakini BN", penubuhan Persatuan Barisan Artis Nasional (BRAN) peringkat nasional dan "flag-off" anggota Persatuan Pemandu Teksi Selangor.

"Lagu itu akan dinyanyikan oleh kumpulan koir dari Limkokwing University manakala pelancaran BRAN bakal menampilkan artis-artis tanah air termasuk Erry Putra, Lutfya Akademi Fantasia dan Ayu One In A Million," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Selain itu, katanya BN Selangor juga menyediakan hadiah istimewa bagi pemanggil bertuah yang dapat berbual dengan Perdana Menteri ketika majlis perasmian itu, yang dijadual antara 1.30 tengah hari dan 2 petang.

"Penduduk tempatan boleh menelefon Pakar BN Selangor di talian 1300-22-2626 untuk menyampaikan sendiri sebarang aduan mengenai pelbagai masalah di negeri ini kepada Perdana Menteri," katanya. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment