My Add

Saturday 5 May 2012

Najib tunai solat Jumaat bersama rakyat Gua Musang

GUA MUSANG, JUMAAT, 04 Mei, 2012: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, yang dalam lawatan sehari ke Kelantan, menunaikan solat Jumaat bersama rakyat Gua Musang di Masjid Razaleigh di sini, hari ini. 

Turut sama Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim; Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed; Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Hussin dan Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah.

Selesai solat tersebut, Perdana Menteri menyerahkan peruntukan sebanyak RM3 juta kepada Imam Mat Razali Md Yunus, bagi pembinaan masjid baru di bandar lama Gua Musang itu.

Dalam ucapan ringkasnya pada majlis itu, Najib berkata, peruntukan untuk membina masjid baru itu bertujuan menggantikan Masjid Razaleigh yang tidak dapat menampung jumlah jemaah yang semakin bertambah. 

Pagi ini, Perdana Menteri merasmikan Karnival Komuniti 1Malaysia Negeri Kelantan di padang Pusat Sivik di sini. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment