My Add

Thursday 10 May 2012

NGO sokong pandangan ADUN DAP

Oleh ABDUL YAZID ALIAS
SHAH ALAM, RABU, 09 Mei, 2012; Beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di negeri ini menyokong pandangan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Damansara Utama, Dr. Cheah Wing Yin yang menyifatkan tempoh empat tahun pentadbiran pakatan pembangkang di Selangor sebagai dipenuhi pelbagai 'jenaka kesilapan yang melucukan.'

Presiden Persatuan Kebajikan India Malaysia (PKIM), A. Prakash berkata, apa yang dinyatakan oleh ADUN daripada DAP tersebut sememangnya berlaku di daerah Klang yang mana ada ahli majlis didakwa tidak tahu berbahasa Melayu.

Selain itu dakwanya, ada sesetengah ahli majlis tidak menjalankan tanggungjawab mereka menyelesaikan masalah rakyat, selain tidak menyalurkan bantuan meskipun menerima peruntukan tahunan daripada kerajaan negeri sebanyak RM50,000. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment