My Add

Monday 21 May 2012

Nik Aziz: Jangan ragui niat saya

ROSMIZA KASIM
KOTA BHARU, ISNIN, 21 Mei, 2012: Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat meminta mana-mana pihak yang mempertikaikan beliau agar tidak meragui keikhlasannya mahu bermuzakarah dengan sesiapa sahaja termasuk Umno.

Bagi tujuan itu, beliau menegaskan, tidak perlu ada pihak yang mempertikaikan Pas meletakkan syarat-syarat tertentu dalam mengadakan muzakarah.

"Setiap perjumpaan mesti ada syarat, nak kahwin pun ada syarat, mana boleh muzakarah tak ada syarat," kata beliau di sini, hari ini.

Terdahulu beliau menyaksikan perjanjian antara Syarikat Ladang Sungai Terah Sdn Bhd dan Modipalm Engineering Sdn Bhd bagi pembinaa Kilang Sawit Tapis di sini.

Dalam pada itu, Nik Abdul Aziz turut membidas kenyataan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang mempersoalkan kerjasama Pas dengan DAP tanpa perlukan syarat.

Katanya, "siapa kata tak ada syarat, dia tak tahu pun. Memang ada syarat, macam mana kerjasama tidak ada syarat."

Beliau yang juga Menteri Besar menegaskan, setiap perkara yang dilakukan dalam Islam adalah ikhlas dan yang tidak ikhlas itu munafik. - Sinar Harian

No comments:

Post a Comment