My Add

Saturday 12 May 2012

Pekerja pengurup wang cedera ditembak penyamun

PETALING JAYA, SABTU, 12 Mei, 201: Seorang pekerja pengurup wang nyaris maut selepas ditembak lelaki yang cuba menyamun premis berkenaan di SS2 Sea Park di sini, pagi ini. 

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Arjunaidi Mohamed, berkata ketika kejadian kira-kira 10 pagi itu, pemilik premis itu sedang membuka pintu sebelum dua lelaki bertopi keledar penuh cuba memasuki premis berkenaan.

"Cubaan kedua-dua lelaki itu berjaya dihalang pemilik premis berkenaan sebelum berlaku pergelutan antara mereka.

"Ketika itu dua pekerja premis itu tiba dan membantu pemilik premis berkenaan sebelum seorang daripada lelaki itu melepaskan dua das tembakan ke arah pekerja terbabit dan terkena pinggangnya," katanya kepada pemberita di sini hari ini. 

Berikutan insiden itu, katanya, kedua-dua lelaki terbabit terus melarikan diri dan meninggalkan motosikal mereka di hadapan premis berkenaan. 

Mangsa yang berumur lingkungan 20-an kemudian di hantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya untk rawatan lanjut. 

Arjunaidi berkata, polis masih mengenal pasti kedua-dua identiti lelaki terbabit berdasarkan rakaman kamera litar tertutup yang di pasang di hadapan premis terbabit.

Kes disiasat mengikut seksyen 393 Kanun Keseksaan kerana cubaan menyamun. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment