My Add

Thursday 3 May 2012

Pelakon, Bob Kuman meninggal dunia

Oleh ABDUL AZIZ ITTAR

PETALING JAYA, KHAMIS, 03 Mei, 2012: Pelakon dan pelawak Bob Kuman atau nama sebenarnya Husni Mohd. Rawi meninggal dunia di kediamannya di Seksyen 11, Kota Damansara di sini pada pukul 4.38 petang ini.

Allahyarham yang berusia 41 tahun meninggal dunia akibat komplikasi penyakit jantung, darah tinggi dan paru-paru berair.

Allahyarham meninggalkan seorang balu, Norma Ibrahim yang baru dikahwininya pada 8 April lalu, iaitu perkahwinan keduanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment