My Add

Saturday 5 May 2012

Pembangkang sengaja ambil kesempatan

KUALA LUMPUR, JUMAAT, 04 Mei, 2012: Penglibatan parti pembangkang pada perhimpunan haram Bersih 3.0 Sabtu lalu, adalah bertujuan untuk menimbulkan kebencian rakyat terhadap kerajaan demi kepentingan politik pihak terbabit menjelang pilihan raya umum akan datang.

Presiden Pertubuhan Penyokong Barisan Nasional (PPBN), Datuk Seri Dr. Saharuddin Awang Yahya berkata, penyertaan itu telah menyebabkan matlamat asal perhimpunan yang disifatkan sebagai aman bertukar menjadi ganas.

Katanya, dalam perhimpunan itu terdapat dua kumpulan iaitu satu kumpulan adalah mereka yang berhimpun secara aman dan satu lagi ahli-ahli parti pembangkang yang mengambil kesempatan menimbulkan kekecohan serta keganasan.

"Ini adalah cara politik pembangkang untuk memburukkan kerajaan dan menjatuhkan imej negara di mata dunia," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment