My Add

Thursday 17 May 2012

Pembinaan hospital baru Dungun dapat atasi kesesakan

MARANG, KHAMIS, 17 Mei, 2012: Pembinaan hospital baru Dungun yang boleh memuatkan 200 katil diharap dapat mengatasi masalah kesesakan yang begitu kritikal di wad hospital sedia ada di daerah itu sekarang.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Perpaduan dan Hal Ehwal Pengguna Terengganu, Dr A Rahman Mokhtar berkata, pembinaan hospital itu yang menelan belanja RM300 juta, akan dilaksanakan dalam dua fasa. 

"Fasa pertama akan menyediakan 108 katil manakala fasa kedua akan memuatkan 92 katil dan dijangka siap dalam tempoh dua tahun lagi. 

"Kerajaan pusat pada dasarnya bersetuju untuk mempercepatkan pembinaan hospital baru Dungun ini dan kerja pecah tanah dijangka bermula Ogos ini," katanya kepada Bernama selepas merasmikan Karnival Kesihatan di dewan Majlis Daerah Marang di sini hari ini.

Hospital Dungun dengan kapasiti 92 buah katil sekarang, tidak lagi mampu menampung kesesakan luar biasa di hospital itu berikutan pertambahan bilangan penduduk di daerah itu yang mencecah hampir 170,000 orang, katanya. - BERNAMA


No comments:

Post a Comment