My Add

Monday 21 May 2012

Pemilik kedai pakaian seragam sekolah rugi RM300,000

*TIGA anggota bomba memadamkan kebakaran di sebuah premis yang menjual pakaian seragam sekolah di Jalan Mahkota, Kuantan, semalam.

KUANTAN, AHASD, 20 Mei, 2012: Seorang pemilik kedai pakaian seragam sekolah kerugian lebih RM300,000 selepas premisnya musnah dalam kebakaran di Jalan Mahkota di sini hari ini.

Wong Yu Sing berkata, kebakaran berlaku kira-kira pukul 12.30 tengah hari ketika dia sedang menyiapkan tempahan pakaian di kedai tersebut.

Menurutnya, tiba-tiba salah satu mesin jahit di belakang kedainya mengeluarkan asap menyebabkan dia segera meminta bantuan seorang pengawal keselamatan di situ untuk menghubungi bomba.

"Hari ini, saya tidak berniaga kerana mahu menyiapkan tempahan yang dibuat pelanggan selain mengemaskan barangan untuk berpindah ke premis baru minggu depan," katanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment