My Add

Thursday 3 May 2012

Penafian semata-mata tidak cukup

KUALA LUMPUR, RABU, 02 Mei, 2012: Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali dicabar membuat laporan polis berhubung penyebaran gambar yang memaparkan aksi seks oral jika benar bahawa lelaki dimaksudkan bukan beliau.

Mursyidul Am Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim (TIBAI), Muhammad Zahid Md. Arip berkata, penafian semata-mata tidak memadai kerana penyebaran gambar tersebut sesuatu yang serius dan membabitkan soal maruah.

Sambil melahirkan kehairanan dengan sikap melatah Azmin, Muhammad Zahid berkata, beliau tidak faham kenapa Timbalan Presiden PKR itu segera membuat penafian sedangkan laporan media berhubung isu tersebut terlalu umum.

"Azmin kena melaporkan kepada polis bagi membolehkan siasatan terperinci dijalankan. Ia penting bagi membersihkan nama beliau dan saya tidak melihat sebarang masalah kenapa laporan polis tidak boleh dibuat kalau beliau bersih," ujarnya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment