My Add

Tuesday 22 May 2012

Pendakwaan tutup kes dadah Saiful Apek

PETALING JAYA, SELASA, 22 Mei, 2012: Selepas mengemukakan lapan saksi pada perbicaraan kes dadah pelakon komedi Mohd Saifulazam Mohamed Yusoff, atau Saiful Apek dan tiga rakannya di Mahkamah Majistret di sini, pendakwaan menutup kesnya hari ini.

Majistret Ahmad Solihin Abd Wahid menetapkan 7 Jun untuk mendengar hujah di akhir kes pendakwaan sebelum memutuskan sama ada semua tertuduh perlu membela diri atau tidak.

Saiful Apek, 42, Shah Zainatull Ehsan Al-Muazam Shah Yahya, 28, Shaiful Baharom, 24, dan Noremy Mohamad, 28, didakwa melakukan kesalahan memasukkan dadah jenis kanabis ke dalam badan mereka di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, di IPD Subang Jaya, Jalan LP 2A/1, Taman Putra Permai, Seri Kembangan di sini pada 11 malam, 12 Jun 2010.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman maksimum penjara dua tahun atau denda RM5,000 jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Ishrakh Saad manakala semua tertuduh diwakili peguam Zambri Idrus dan Mohd Fadli Hashim. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment