My Add

Tuesday 22 May 2012

Pendedahan maklumat bank mungkin libatkan sogokan

KUALA LUMPUR, ISNIN, 21 Mei, 201: Jaringan Melayu Malaysia (JMM) percaya kakitangan bank yang terlibat mendedahkan maklumat perbankan pelanggan dijanjikan habuan oleh pihak tertentu sehingga sanggup mengambil risiko melakukan jenayah di bawah Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan (BAFIA) 1989.

Sehubungan itu, Presidennya, Azwanddin Hamzah meminta Bank Negara Malaysia (BNM) membuat siasatan ke atas kakitangan yang terlibat dalam kegiatan berkenaan kerana secara tidak langsung tindakannya boleh menjatuhkan kredibiliti bank terlibat.

"Dalam kes-kes sebegini apa insentif yang dijanjikan sehingga kakitangan itu sanggup dan bersedia untuk berhadapan dengan hukuman penjara lima tahun atau denda RM5 juta di bawah BAFIA dan siapa yang memberi habuan kepada individu itu.

"Kami yakin bahawa individu tersebut tidak ada motif peribadi untuk membongkar maklumat sulit bank. Besar kemungkinan dia dihasut atau disogok untuk menjual maklumat tersebut," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini. 

No comments:

Post a Comment