My Add

Friday 11 May 2012

Pendekatan lebih kreatif selesai masalah rakyat - PM


*PERDANA Menteri Datuk Seri Najib Razak ketika pelancaran Pusat Khidmat Rakyat (PAKAR) BN Selangor di bangunan UMNO Selangor Shah Alam, hari ini. Turut kelihatan Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Seri Noh Omar. Pusat ini menjawab panggilan telefon berkaitan aduan dan pelbagai pertanyaan berkaitan BN dan dikendali oleh 20 kakitangan dari jam 9 pagi hingga 6 petang. - Foto BERNAMA

Oleh HELMI MOHD. FOAD
SHAH ALAM, KHAMIS 10 Mei, 2012: Datuk Seri Najib Tun Razak mahukan Barisan Nasional (BN) mengguna pendekatan lebih kreatif bagi menyelesaikan masalah dan aduan rakyat secara berkesan, sesuai dengan perkembangan era masa kini.

Perdana Menteri berkata, pendekatan tersebut termasuk menyediakan saluran lebih mudah untuk rakyat berhubung dengan kerajaan sebagaimana langkah BN Selangor mewujudkan Pusat Khidmat Rakyat (Pakar).

“Pakar merupakan cara terbaik dan boleh dipertimbangkan untuk diselaraskan dengan BN negeri-negeri lain.

“Ini merupakan satu bentuk pendekatan yang bernilai dan kreatif," kata beliau yang juga Pengerusi BN pada sesi temu bual secara langsung bersama penyampai radio Selangor FM, Dassky Shah Ewas, di sini hari ini.

Sebelum itu, Perdana Menteri telah melancarkan pusat tersebut di Bangunan UMNO di sini dan melayan aduan rakyat yang menghubugi beliau menerusi talian Pakar. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment