My Add

Monday 21 May 2012

Pengangkut gas kekal bebas tuduhan bunuh tukang urut

Oleh NORLIZAH ABAS
PUTRAJAYA, ISNIN, 21 Mei, 2012: Seorang pengangkut gas kekal dibebaskan daripada tuduhan membunuh seorang tukang urut tradisional berumur 69 tahun yang cuba meliwatnya, sembilan tahun lalu selepas Mahkamah Rayuan hari ini menolak rayuan pendakwa raya.

Ini bermakna, keputusan Mahkamah Tinggi Pulau Pinang pada 25 Jun 2010 yang membebaskan Mohd. Hairi Sabdin, 31, (responden) daripada tuduhan membunuh Abdul Rahman Hussain atau dikenali dengan panggilan `Man Ponen', dikekalkan.

Keputusan sebulat suara itu dicapai oleh panel tiga hakim diketuai oleh Datuk Abdul Malik Ishak yang bersidang bersama Datuk Clement Allan Skinner dan Datuk Seri Mohamed Apandi Ali.

Hakim Abdul Malik ketika membacakan keputusan ringkas itu menyatakan, Mohd. Hairi berjaya menimbulkan elemen mempertahankan diri yang menjadi asas dalam pembelaannya.

Panel tersebut menerima pembelaan tersebut selaras dengan peruntukan Seksyen 100(d) Kanun Keseksaan yang memberi perlindungan dan hak kepada seseorang untuk menyebabkan kematian akibat serangan daripada perbuatan di luar tabii.

Responden diwakili oleh peguam-peguam Datuk Seri Dr. Muhammad Shafee Abdullah dan Badrul Munir Bukhari manakala pihak pendakwaan oleh Timbalan Pendakwa Raya, K. Mangai. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment