My Add

Friday 4 May 2012

Pengarah mengaku tidak bersalah

Oleh SITI NOORALINA AHMAD

KUALA LUMPUR, KHAMIS, 03 Mei, 2012: Seorang pengarah syarikat pelaburan ternakan lembu mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan membuat pernyataan palsu berkaitan saham syarikatnya dengan tujuan mendorong pelabur memasuki satu perjanjian projek ternakan lembu, tiga tahun lalu.

Abdul Rashid Tang Abdullah, 50, memohon dibicarakan selepas ketiga-tiga pertuduhan dibacakan kepadanya di hadapan Hakim Datuk Rozana Ali Yusoff.

Tertuduh sebagai pengarah syarikat Hadhari Cattle Industry Sdn. Bhd. didakwa memberi kuasa kepada seorang lagi pengarah syarikat itu, Hashim Abdul Karim, 66, untuk membuat satu pernyataan palsu berkaitan 4,900,000 unit saham syarikat tersebut yang dikehendaki dalam dokumen di bawah Seksyen 54(1) Akta Syarikat 1965.

Dia didakwa melakukan perbuatan itu dengan pengetahuannya di pejabat Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Tingkat 2, 10-18, Putra Place, 100 Jalan Putra, dekat sini pada 19 Ogos 2009. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment