My Add

Monday 21 May 2012

Peniaga KL lancar Bersih 4.0

*JAMAL Yunus (duduk, kiri) bercakap kepada pemberita selepas melancarkan perhimpunan Bersih 4.0 oleh peniaga di Kuala Lumpur, semalam. Turut hadir, Sohaimi Shahadan (duduk, dua dari kiri).

Oleh MOHD. ASRON MUSTAPHA dan ROZIANAH RISMAN
KUALA LUMPUR, AHAD, 20 Mei, 2012: Bersih 4.0 bukan lagi milik mutlak Datuk S. Ambiga dan pembangkang tetapi kini diterajui kumpulan penjaja dan peniaga di Kuala Lumpur dengan matlamat serta objektif berbeza.

Ia dilancarkan khusus bagi melindungi nasib peniaga serta penjaja di Kuala Lumpur yang mengalami kerugian berjuta-juta ringgit ekoran tiga siri demonstrasi jalanan oleh Ambiga serta pembangkang sebelum ini.

Selain itu, Bersih 4.0 yang diketuai penjaja dan peniaga tersebut juga bertujuan memberi pengajaran kepada Ambiga jika bekas Presiden Majlis Peguam berkenaan berani melancarkan demonstrasi jalanan seterusnya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment