My Add

Friday 11 May 2012

Penyelia Felcra maut kereta bertembung lori

Oleh FARHATUL KHALIDAH ZAINAL ABIDIN
ROMPIN, KHAMIS, 10 Mei, 2012: Seorang penyelia Felcra Tembangau di Bera maut selepas kereta Proton Wira dipandunya bertembung dengan sebuah lori balak di Kilometer 105, Jalan Kuantan-Segamat, dekat Muadzam Shah di sini awal pagi ini.

Kejadian berlaku pukul 5.55 pagi mengakibatkan mangsa, Mohamad Husnaini Mohamad Ibrahim, 23, maut di tempat kejadian setelah cedera parah di kepala dan badan.

Ketua Polis Daerah, Deputi Supritendan Johari Jahaya berkata, pemandu lori balak terbabit dipercayai hilang kawalan sebelum kenderaannya memasuki laluan bertentangan dan bertembung dengan kereta dipandu mangsa.

“Ketika kejadian, lori itu dalam perjalanan dari Gemas menghala ke Kuantan manakala mangsa ketika itu dalam perjalanan ke tempat kerjanya," katanya hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment