My Add

Friday 11 May 2012

Penyenaraian bawa kekayaan

*NAJIB diiringi Koordinator Barisan Nasional (BN) Selangor, Datuk Seri Ir. Mohd. Zin Mohamed melepaskan kenderaan pemandu-pemandu teksi yang memberi sokongan kepada parti pada majlis Pelancaran Pusat Khidmat Rakyat (Pakar) Barisan Nasional Selangor di Bangunan UMNO Selangor, Shah Alam, semalam. - UTUSAN/SAHARUDDIN ABDULLAH
Oleh ABD. HALIM HADI TALIB
KUALA LUMPUR, KHAMIS, 10 Mei, 2012: Penyenaraian Felda Global Ventures Holdings (FGVH) ke Bursa Malaysia menjelang pertengahan tahun ini merupakan usaha kerajaan yang mampu membawa kekayaan kepada Felda dan golongan peneroka secara lonjakan berganda.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, tujuan penyenaraian dilakukan adalah untuk menambah nilai pasaran terhadap aset yang dimiliki oleh Felda.

"Jika tidak disenaraikan, harga yang kita ada itu tidak dapat dilonjakkan. Bila disenaraikan nilainya akan ditentukan oleh pasaran secara berlipat ganda.

"Sebahagian daripada kekayaan yang diperoleh daripada pasaran itu kemudian akan diserahkan kepada peneroka Felda," katanya ketika menjawab soalan pemanggil semasa temubual rancangan Sinar Pagi selama satu jam di stesen radio Sinar fm di sini, hari ini.

Semasa siaran selama satu jam itu, Najib turut mengulangi janji kerajaan tidak akan merampas mana-mana tanah milik peneroka manakala semua manfaat yang dinikmati oleh golongan peneroka Felda tidak akan terjejas.

"Kita tak ambil tanah peneroka, tanah milik peneroka kekal. Kita ambil tanah perladangan yang tiada peneroka. Hak peneroka tetap kita kekalkan,'' katanya.

Penyenaraian FGVH merupakan langkah kerajaan untuk meningkatkan prestasi dan produktiviti syarikat tersebut seiring dengan pemain industri perladangan global lain di dunia berikutan saingan industri yang semakin pesat di rantau ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment