My Add

Friday 11 May 2012

Pergolakan buat rakyat menderita

KUALA LUMPUR, KHAMIS, 10 Mei, 2012: Keamanan yang dikecapi negara sejak 55 tahun lalu perlu dipelihara serta dipertahankan supaya generasi akan datang dapat hidup dalam suasana tenteram dan damai.

Panglima Angkatan Bersama Laksamana Madya, Datuk Ahmad Kamarulzaman Ahmad Badaruddin berkata, kekecohan yang ditimbulkan dalam negara seperti pergolakan atau pun peperangan hanya akan menyebabkan rakyat menderita.

Katanya, anggota-anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang terlibat dengan misi antarabangsa telah banyak melihat senario seumpamanya (pergolakan) yang akhirnya membuatkan negara menjadi mundur manakala rakyat ditimpa kesusahan.

"Justeru saya berharap, anggota-anggota yang mempunyai pengalaman bertugas di kawasan bergolak seperti di Afghanistan berkongsi dengan masyarakat umum tentang implikasinya terhadap negara kerana mereka tidak pernah melihat dan merasai sendiri pengalaman hidup di negara bergolak," katanya. - UTUSAN 

No comments:

Post a Comment