My Add

Friday 11 May 2012

Perhimpunan minta mansuh kutipan tol Batu Tiga, Sungai Rasau

SHAH ALAM, JUMAAT, 11 Mei, 201: Lebih 200 ahli UMNO dan Barisan Nasional (BN) hari ini mengadakan perhimpunan aman di Plaza Tol Sungai Rasau di sini bagi menggesa kerajaan memansuhkan kutipan tol di situ serta di Plaza Tol Batu Tiga di sini. 

Timbalan Ketua UMNO Bahagian Shah Alam, Zulkurnain Md Ruslan, berkata majoriti penduduk di sini menyifatkan kadar tol sebanyak RM1.10 sehala di Plaza Tol Batu Tiga menuju ke Kuala Lumpur dan sebaliknya dan RM1 di Plaza Tol Sungai Rasau untuk ke Klang dan sebaliknya membebankan penduduk terutama berpendapatan rendah.

"Kebanyakan pengguna warga Shah Alam yang bertugas sama ada di Petaling Jaya ataupun Kuala Lumpur, setiap hari perlu membayar tol RM4.20 untuk perjalanan pergi balik," katanya kepada pemberita di sini.

Zulkarnain berkata, pihaknya sudah menghantar memorandum kepada Kerajaan Pusat pada Jun lalu meminta agar dipertimbangkan permintaan supaya kutipan tol Plaza Tol Batu Tiga dan Plaza Tol Sungai Rasau di sini dimansuhkan. 

Beliau yang juga Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) BN Batu Tiga, berkata pihaknya dimaklumkan memorandum itu sedang dalam perhatian Kementerian Kerja Raya selepas dihantar hampir setahun lalu. 

Katanya, kedua-dua tol terbabit sudah beroperasi lebih 20 tahun dan sudah pasti pemilik konsesi sudah dapat mengutip balik pelaburan mereka. 

Kumpulan itu mengadakan bantahan aman selama sejam di Plaza Tol Sungai Rasau menghala ke Kuala Lumpur di sini bermula kira-kira 11 pagi dan mendapat sambutan pengguna lebuh raya berkenaan yang kebanyakkannya membunyikan hon sebagai tanda sokongan. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment