My Add

Sunday 13 May 2012

Perkasa sokong tubuh Majlis Peguam baru

TAWAU, AHAD, 13 Mei, 2012: Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Negara (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali menyokong cadangan mewujudkan Majlis Peguam baru di negara ini memandangkan Majlis Peguam sedia ada dilihat "gagal memainkan peranannya secara profesional".

Beliau berkata majlis peguam sedia ada bukan sahaja tidak beretika dan berat sebelah malah tidak langsung menunjukkan sikap profesionalismenya ketika mendepani isu-isu semasa negara.

"Pandangan badan ini sentiasa memihak kepada (pembangkang). Ini tidak bererti saya meminta mereka menyokong kerajaan. Tetapi mereka kena bersifat profesional. Kalau dia sokong kerajaan semata-mata pun saya tidak setuju. Majlis Peguam perlu dilihat lebih profesional dan bebas," katanya.

Ibrahim bercakap kepada pemberita selepas merasmikan pelancaran Perkasa Pribumi Sabah, Gabungan Pantai Timur Sabah yang turut dihadiri Naib Presiden Perkasa yang juga Yang Dipertua Perkasa Sabah Datuk Dr Mohd Jeffry Osman di sini hari ini.

Menurut Ibrahim sikap tidak profesional Majlis Peguam berkenaan sudah lama berlaku dan terbaru Majlis Peguam berkenaan begitu terburu-buru mengeluarkan laporan berhubung perhimpunan Bersih 3.0 tanpa membuat siasatan rapi mengenai kejadian sebenar yang berlaku. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment