My Add

Saturday, 5 May 2012

Pertingkatkan usaha kesan bekas polis zaman darurat: KDN

TAWAU, SABTU. 05 Mei, 2012,: Kementerian Dalam Negeri (KDN) mahu pihak terbabit supaya mempertingkatkan usaha mengesan bekas polis yang bertugas pada zaman darurat bagi memastikan mereka tidak tercicir daripada menerima saguhati khas RM3,000. 

Timbalan Ketua Setiausaha KDN (Keselamatan), Datuk Abdul Rahim Mohd Radzi, berkata usaha itu termasuk menemui bekas polis berkenaan atau waris mereka kerana kebanyakannya sudah lanjut usia dan tidak dapat datang sendiri ke ibu pejabat polis daerah berdekatan.

"Usaha mengesan perlu dipercepatkan kerana mereka semakin lanjut usia. Berdasarkan pengalaman, ada pesara polis yang ditemui sudah berumur mencecah 100 tahun," katanya pada majlis penyerahan cek Saguhati Khas RM3,000 kepada dua bekas polis zaman darurat, di sini, hari ini.

Turut hadir, Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Ibrahim Chin. Dua penerima berkenaan ialah Kasran Lapik, 68, dan Peter Kinwi, 63. 

Abdul Rahim berkata, pemberian saguhati itu ialah sebagai penghargaan kerajaan kepada anggota pasukan keselamatan yang berjuang mempertahankan negara pada zaman darurat. 

Beliau berkata, setakat ini, sebanyak 54,000 cek sudah diserahkan kepada bekas polis zaman darurat di seluruh negara. - BERNAMA
 

No comments:

Post a Comment