My Add

Thursday 10 May 2012

Pesawat MAS dari Amsterdam mendarat cemas di KLIA

SEPANG, KHAMIS, 10 MEI, 2012: Sebuah pesawat MAS MH0017 dari Amsterdam terpaksa mendarat cemas di KLIA jam 6.20 pagi tadi selepas beberapa penumpang mengadu terhidu bahan kimia. 

Sebaik mendarat, semua penumpang dan anak kapal diarahkan meninggalkan pesawat terbabit untuk langkah keselamatan.

Pengarah Bomba dan Penyelamat Selangor, Othman Abdullah berkata, pada masa sama, sepasukan 24, anggota Bomba dan Penyelamat dari Balai Bomba KLIA dan HAZMAT Shah Alam dikejarkan ke situ untuk melakukan pemeriksaan lanjut.

MAS mengesahkan pesawat membawa empat jenis bahan kimia dalam bahagian kargo tetapi difahamkan ia tidak tumpah. - BH ONLINE

No comments:

Post a Comment