My Add

Friday 4 May 2012

Peserta perhimpunan Bersih dilayan baik

KUALA LUMPUR, KHAMIS, 03 Mei, 2012: Meskipun sedih akibat dimaki-hamun dengan pelbagai cercaan termasuk dilabel sebagai 'anjing kerajaan', Polis Diraja Malaysia (PDRM) tetap melayan baik peserta perhimpunan Bersih 3.0 yang ditangkap kerana mencetuskan kekecohan semasa perhimpunan pada Sabtu lalu.

Ini terbukti apabila seramai 512 individu yang ditangkap dalam perhimpunan itu dilayan bagaikan orang kenamaan apabila dibawa menaiki bas khas, sedangkan sepatutnya mereka diangkut menggunakan trak polis ke Pusat Latihan Polis (Pulapol) Jalan Semarak di sini.

Di Pulapol, polis menyediakan makanan seperti kenduri untuk menjamu mereka dan tidak dihalang untuk menunaikan solat.

Layanan diberikan itu adalah sama seperti diterima oleh orang ramai yang ditahan kerana menyertai perhimpunan haram semasa Bersih 2.0 pada Julai tahun lalu. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment