My Add

Saturday 26 May 2012

PM diminta campur tangan selesai masalah kuota haji

KUALA LUMPUR, JUMAAT, 25 Mei, 2012: Kerajaan sedang melakukan beberapa langkah proaktif bagi memastikan jumlah kuota haji untuk jemaah Malaysia tahun ini tidak terjejas ekoran perhimpunan haram yang diadakan di Mekah dan Madinah pada 26 April lepas.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, ramai jemaah telah menyatakan kebimbangan sama ada mereka masih berpeluang menunaikan haji pada tahun ini atau tidak ekoran insiden yang telah mengundang perhatian serius daripada kerajaan Arab Saudi.

Kerajaan Arab Saudi dilaporkan sedang membuat pertimbangan sama ada untuk mengenakan sekatan atau menggantung jemaah haji dan umrah dari Malaysia berikutan insiden perhimpunan haram itu.

Sebagai langkah awal, Jamil Khir berkata, beliau akan memohon bantuan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang mempunyai hubungan baik dengan kerajaan Arab Saudi agar dapat menyelesaikan kebimbangan mengenai kuota haji.

"Saya minta Perdana Menteri untuk bantu kita campur tangan menghubungi Raja Abdullah dan kerajaan Arab Saudi supaya kuota haji tahun ini akan dapat sebagaimana yang kita harapkan kerana persiapan semua kita sudah buat," katanya kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan Duta Arab Saudi ke Malaysia Fahad Al Rashid di Bangunan Tabung Haji di sini hari ini. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment