![]() |
*NAJIB bersama para usahawan yang menerima cek anugerah usahawan mikro dan skim Amanah Ikhtiar Malaysia pada majlis Himpunan Usahawan Mikro Kecil dan Sederhana di Shah Alam, semalam. - UTUSAN/Mohd. Shaharani Saibi SHAH ALAM, KHAMIS, 10 Mei, 2012: Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini melancarkan Skim Pengkomersialan Inovatif Patuh Syariah (CIF) bernilai RM500 juta kepada para usahawan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang layak di seluruh negara. |
Perdana Menteri berkata, permohonan peruntukan tambahan ditawarkan kepada usahawan PKS yang menghasilkan produk atau perkhidmatan berinovasi dan berada di peringkat pengkomersialan itu boleh dilakukan mulai 1 Julai ini.
Menurut beliau, selain CIF, usahawan PKS yang terjejas akibat banjir, ribut, kemarau, hakisan pantai dan tanah runtuh boleh memohon untuk mendapatkan bantuan kewangan yang diperuntukkan di bawah Dana Kecemasan PKS bernilai RM10 juta.
''Peruntukan dan dana ini menunjukkan keprihatinan kerajaan terhadap usahawan PKS di negara ini," kata beliau semasa berucap merasmikan Himpunan Usahawan Mikro Kecil dan Sederhana atau Jom Niaga Edisi Selangor dan Pelancaran CIF di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:
Post a Comment