My Add

Tuesday 8 May 2012

PM minta peneroka tidak jual saham FGVH yang diberi

JERANTUT, SELASA, 08 Mei, 2012: Datuk Seri Najib Tun Razak mahu warga peneroka tidak menjual saham Felda Global Ventures Holdings yang akan diberikan kepada mereka demi masa depan generasi Felda seterusnya.

Menurut Perdana Menteri, walaupun mereka boleh mendapat wang tunai yang banyak jika menjual saham-saham tersebut namun mereka perlu lihat kepentingan jangka panjang.

"Jika simpan jangka panjang ia boleh beranak untuk anak cucu kita dan tiap-tiap tahun kita akan dapat dividen.

"Lagi pun kita tak akan kurangkan sedikit pun apa yang tuan-tuan terima sebelum ini. Bonus produktiviti pun dapat, duit raya, pinjaman perumahan dan banyak lagi bantuan akan tetap diteruskan seperti biasa," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Maajlis Sejahtera Peneroka Bersama Perdana Menteri di sini hari ini.

Menurut Najib, tanah peneroka yang tetap juga tidak terusik dengan penyenaraian FGVH sekali gus menangkis tuduhan pihak pembangkang sebelum ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment