My Add

Friday 4 May 2012

PM serah dana RM3 juta bina masjid baru di Gua Musang


PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Razak bersama Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah bersama penduduk tempatan berdikir barat selepas merasmikan Karnival Komuniti 1 Malaysia di Padang Pusat Sivik daerah itu, hari ini. - Foto Muhaizan Yahya.

GUA MUSANG 4 Mei - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang dalam lawatan sehari ke Kelantan hari ini, menyerahkan cek bernilai RM3 juta untuk membina masjid baru bagi menggantikan Masjid Razaleigh Mukim Bandar Lama di sini.

Cek tersebut diserahkan oleh beliau kepada imam masjid tersebut, Mat Razali Mat Yunus mewakili ahli jawatankuasa masjid berkenan sebelum menunaikan solat Jumaat bersama 3,000 jemaah.

Dalam ucapan ringkasnya pada majlis itu, Najib berkata, peruntukan itu adalah untuk membina masjid baru bagi menggantikan Masjid Razaleigh yang tidak dapat menampung jumlah jemaah yang semakin bertambah.

Masjid Razaleigh dibina pada tahun 1970-an dan yang tertua di daerah ini.

Terdahulu, beliau telah merasmikan Karnival Komuniti 1Malaysia di Padang Pusat Sivik Gua Musang di sini pagi ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment