My Add

Tuesday 22 May 2012

Polis tahan 3 lelaki bantu siasatan kes bunuh buruh

KLUANG, SELASA, 22 Mwi, 2012: Polis menahan seorang penganggur dan dua rakannya di sebuah rumah di Taman Intan, di sini, bagi membantu siasatan pembunuhan seorang buruh di pekarangan Kompleks Sukan Jabatan Kerja Raya (JKR) di sini, dua hari lalu. 

Ketua Polis Daerah Kluang, ACP Abdul Majid Mohd Ali, berkata ketika-tiga lelaki berumur 16 hingga 22 tahun berkenaan ditahan pada 5.20 pagi semalam, iaitu kira-kira lapan jam selepas pembunuhan berkenaan berlaku.

"Polis menubuhkan satu pasukan siasatan khas untuk memberkas semua suspek sejurus menerima aduan orang awam berhubung pembunuhan itu.

"Semua suspek yang sedang merancang untuk melarikan diri itu berjaya diberkas berdasarkan rekod peribadi mereka yang berada dalam simpanan polis kerana kesalahan lampau," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Daerah Kluang, di sini hari ini. 

Abdul Majid berkata, berdasarkan siasatan awal, dipercayai kejadian itu berlaku berpunca daripada pergaduhan berkaitan masalah dalaman keluarga. 

Katanya, semua suspek kini direman selama seminggu untuk siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. 

Akhbar hari ini melaporkan, buruh berkenaan, Nurul Amin Muhamed Ishak, 22, meninggal dunia akibat cedera parah di leher selepas dilibas dengan pisau oleh rakan sendiri dalam kejadian yang berlaku kira-kira 8.30 malam, di Kompleks Sukan JKR yang terletak kira-kira 150 meter dari rumahnya. 

Sebelum kejadian, mangsa yang ditemani rakannya bersemuka dengan dua suspek yang juga rakan baiknya itu bagi meminta penjelasan berhubung perbuatan mereka yang dikatakan mencabul kehormatan ibu dan adiknya, minggu lalu. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment