My Add

Friday 11 May 2012

PPIM sokong penuh bina loji air baru

Keratan akhbar Utusan Malaysia kelmarin.
KUALA LUMPUR, KHAMIS, 10 Mei, 2012: Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menyokong penuh titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah agar kerajaan negeri Selangor tidak mempolitikkan isu air demi kesejahteraan dan keselesaan hidup rakyat negeri itu dan para pelabur.

Setiausaha Agungnya, Datuk Dr. Maamor Osman berkata, kebimbangan baginda tentu ada asasnya kerana sebagai ketua negeri krisis bekalan air bersih semakin menampakkan tanda dan pasti akan membawa kesulitan hidup kepada segenap lapisan rakyat.

Katanya, PPIM yang mewakili keseluruhan umat Islam dan berpuluh-puluh persatuan pengguna serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO) lain di bawahnya menggesa kerajaan Selangor menyegerakan pembinaan loji-loji air baru.

"Ini khususnya Loji Rawatan Air (LRA) Langat 2 sebagai satu usaha menyokong usaha-usaha penyelamat kepada krisis bekalan air bersih yang dijangka berlaku tidak lama lagi," katanya dalam kenyataan akhbar di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment