My Add

Friday 11 May 2012

Projek nadir bumi iktiraf kemampuan negara

KUALA LUMPUR, JUMAAT, 11 Mei, 2012: Pemilihan Malaysia sebagai tapak pemprosesan nadir bumi oleh sebuah syarikat asing baru-baru ini adalah satu pengiktirafan kepada kemampuan Malaysia dalam menguruskan projek berskala besar itu. 

Anggota Majlis Akademi Sains Malaysia, Profesor Datuk Ir Dr Ahmad Zaidee Laidin, berkata keyakinan yang ditunjukkan oleh syarikat asing itu adalah berdasarkan kepada kepimpinan yang ditunjukkan Malaysia selain memiliki set peraturan terkini untuk menguruskan industri nadir bumi dengan cermat.

Beliau berkata demikian ketika ditemuramah dalam program "Dalam Radar" terbitan Bernama Radio24, semalam.

Dr Ahmad berkata, kedudukan Malaysia berhampiran kawasan pelabuhan, harga air dan elektrik yang lebih rendah selain memiliki tenaga kerja yang mencukupi menjadikan negara sebagai pilihan utama mereka. 

"Pemilihan itu jelas membuktikan syarikat asing berkenaan menaruh keyakinan dan percaya kepada kemampuan Malaysia," katanya. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment