My Add

Friday 25 May 2012

Projek pelupusan sisa radioaktif di Bukit Kledang selama

BATU GAJAH, JUMAAT, 25 Mei, 2012: Projek pembubaran dan pelupusan sisa radioaktif semulajadi yang sedang dijalankan di Kemudahan Penstoran Jangka Panjang (LTSF) di Bukit Kledang, Perak adalah selamat dan mengikut kaedah saintifik serta standard prosedur operasi yang telah ditetapkan.

Menyatakan demikian, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Dr Maximus Ongkili berkata, beliau berpuas hati dengan pelaksanaan projek yang dikendalikan oleh Syarikat Asian Rare Earth (ARE) Sdn Bhd dan dipantau oleh beberapa agensi kerajaan termasuk Lembaga Pelesenan Tenaga Atom (AELB), Jabatan Kerja Raya serta Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) itu.

Beliau berkata, profesionalisme dilaksanakan pada setiap operasi perojek.

Cuma kita terlambat kira-kira empat bulan. Mengikut kontraktor dan konsultan ini disebabkan kerja-kerja membersihkan pelan memerlukan masa lebih panjang.

"Namun secara keseluruhannya projek ini dijalankan berasaskan kepada aspek keselamatan dan untuk memastikan semua keperluan teknikal dipatuhi," katanya kepada pemberita selepas menghadiri sesi taklimat dan melawat tapak projek tersebut di sini, hari ini. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment