My Add

Saturday 12 May 2012

PSC tidak boleh beri imuniti kepada SMSL

KUANTAN, JUMAAT, 11 Mei, 2012: Save Malaysia Stop Lynas (SMSL) memohon jaminan imuniti semasa sesi pendengaran awam Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC) mengenai projek Lynas Advanced Materials Plant (LAMP) supaya mereka tidak disaman apabila membentangkan cadangan atau bantahan pada sesi yang berlangsung di Universiti Malaysia Pahang (UMP) di sini semalam.

Bagaimanapun, permohonan tersebut terpaksa ditolak kerana PSC tidak mempunyai bidang kuasa melindungi sesiapa sahaja yang datang ke sesi tersebut.

Menurut Pengerusi PSC, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, jawatankuasa itu tidak mempunyai bidang kuasa melindungi mereka daripada menyatakan apa sahaja sehingga boleh dianggap melanggar undang-undang serta dikenakan saman malu.

"SMSL menggunakan asas tersebut dengan bertindak keluar daripada sesi pendengaran tersebut tanpa mengemukakan apa-apa cadangan atau bantahan selepas tidak diberikan imuniti ini," katanya kepada pemberita selepas Sesi Pendengaran Awam di sini semalam. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment