My Add

Monday 21 May 2012

Raja Perlis ketuai tanam 1,000 pokok Harumanis

*TUANKU Syed Sirajuddin Putra Jamalullail berkenan menanam pokok mangga Harumanis pada Program Gerakan Menanam 1,000 Pokok Mangga Harumanis Secara Serentak di Padang Besar, Perlis, semalam. - Utusan/Faizal Abu Hassan

PADANG BESAR, AHAD, 20 Mei, 2012: Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail hari ini berkenan mengetuai program menanam pokok mangga Harumanis sempena Sambutan Ulang Tahun Keputeraan Ke-69 baginda di Dataran Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Beseri di Jalan Kaki Bukit di sini.

Program itu melakar sejarah tersendiri apabila dicatatkan dalam Malaysia Book of Recordsiaitu melibatkan penanaman 1,000 pokok mangga Harumanis secara serentak di tiga kawasan Parlimen iaitu Padang Besar, Kangar dan Arau.


Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Lailatul Shahreen Akashah Khalil juga berkenan menanam pokok berkenaan. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment