My Add

Friday 18 May 2012

Rakyat perlu membudayakan transformasi sikap


*RAJA Negeri Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail menyampaikan Darjah Seri Paduka Mahkota Perlis kepada Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar di Majlis Penyampaian Darjah Kebesaran sempena Hari Keputeraan Raja Perlis yang diadakan di Istana Arau, hari ini. - Foto Eizairi Shamsudin

ARAU, KHAMIS, 17 Mei , 2012: Rakyat perlu membudayakan 'transformasi sikap' iaitu berubah daripada malas menjadi rajin dan pengotor kepada pembersih jika mahu memastikan negeri ini selesa didiami.

Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail bertitah, transformasi tersebut juga harus dilakukan kerana ia merupakan kunci kepada kejayaan dalam industri pelancongan.

''Kebersihan dan keceriaan sesebuah negeri merupakan imej terpenting yang perlu dijaga dan dipertahankan.

''Amalan kitar semula perlu dididik dan digalakkan dalam kalangan rakyat Perlis bagi mengurangkan penjanaan sampah terutamanya bahan-bahan yang tidak mudah reput,'' titah baginda pada majlis Istiadat Penganugerahan Darjah-Darjah Kebesaran dan Pingat sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan ke-69 di Istana Arau di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment