My Add

Wednesday 9 May 2012

Rang Undang-undang Kesalahan Pilihan Raya ditarik balik

KUALA LUMPUR, RABU, 09 Mei, 2012: Kerajaan akan menarik balik Rang Undang-undang Kesalahan Pilihan Raya (Pindaan) 2012 dari Dewan Negara esok berikutan banyak bantahan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz.

Beliau berkata, keputusan itu dibuat jemaah Menteri selepas mengambil kira maklum balas dan bantahan daripada pelbagai pihak terhadap cadangan pindaan itu yang diluluskan Dewan Rakyat bulan lalu.

Katanya, keputusan itu juga sudah dipersetujui pihak pembangkang dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) selepas pertemuan singkat hari ini.

"Usul kerajaan untuk menarik balik rang undang-undang berkenaan akan dibentangkan di peringkat Dewan Negara esok," katanya pada sidang media di Bangunan Parlimen petang tadi. - BN ONLINE
 

No comments:

Post a Comment