My Add

Thursday 24 May 2012

Rayuan empat pelajar batal PPSMI ditolak

Oleh NORLIZAH ABAS
PUTRAJAYA, RABU, 23 Mei, 2012: Empat pelajar termasuk anak bekas Menteri Besar Perak gagal mendapat perintah agar dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) diisytiharkan batal dan tidak sah, selepas Mahkamah Rayuan menolak rayuan mereka hari ini.

Mereka ialah Mohammad Syawwaal Mohammad Nizar, 16, Mohammad Fadzil Nor Mohd. Rosni, 21, Nur Najihah Muhaimin, 21, dan Syazaira Arham Yahya Ariff, 22. Kesemuanya mengemukakan permohonan itu melalui bapa masing-masing.

Mahkamah berpuas hati rayuan mereka untuk mencabar surat pekeliling ikhtisas yang dikeluarkan berhubung penguatkuasaan PPSMI, kini bersifat akademik selepas membenarkan bantahan awal pihak Kerajaan. Merit rayuan tidak didengar hari ini.

Panel tiga hakim diketuai oleh Datuk Wira Low Hop Bing bersetuju bahawa rayuan itu kini akademik berikutan pemansuhan PPSMI melalui surat pekeliling ikhtisas bertarikh 4 November 2011.

Perayu-perayu diwakili oleh peguam Mohamed Hanipa Maidin manakala pihak Kerajaan diwakili oleh Peguam Kanan Persekutuan, Shamsul Bolhassan. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment