My Add

Thursday 10 May 2012

RELA sasar 3 juta anggota menjelang hujung tahun

JOHOR BAHRU, KHAMIS, 10 MEI, 2012: Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (RELA) mensasarkan pertambahan anggota kepada 3 juta orang menjelang hujung tahun ini, menerusi penyertaan golongan belia. 

Ketua Pengarahnya, Datuk Mustafa Ibrahim, berkata RELA kini mempunyai 2.94 juta anggota dan sasaran itu diyakini mampu dicapai menerusi Unit Rela Muda bagi belia berumur 18 hingga 25 tahun.

"Jumlah seramai 2.94 juta keanggotaan itu sekali gus melebihi sasaran awal yang ditetapkan oleh Kementerian Dalam Negeri yang menyasarkan keanggotaan seramai 2.6 juta akhir tahun ini.

"Di Johor saja, keanggotaan RELA kini mencatatkan seramai 274,000 orang," katanya ketika berucap pada majlis perasmian Pusat Operasi Rela Mukim Puteri Wangsa, di sini, hari ini. 

Mustafa berkata, pihaknya turut menggunakan kaedah seorang anggota membawa masuk lima anggota baru sebagai antara usaha untuk menambah keanggotaan pasukan berkenaan. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment