My Add

Sunday 6 May 2012

RISDA lancar gerakan kutip biji getah

KUALA LUMPUR, SABTU, 05 Mei, 2012: Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) akan melancarkan gerakan mengutip biji getah fasa kedua bermula Ogos hingga September ini dalam usaha menangani masalah kekurangan benih getah.

Ketua Pengarahnya, Datuk Wan Mohamad Zuki Mohamad (gambar) berkata, sebanyak 300 tan metrik biji benih getah diperlukan bagi merealisasikan hasrat untuk menanam semula 27.4 juta pokok berkenaan di kawasan seluas 40,000 hektar.

Katanya, pengumpulan biji getah yang mencukupi pada jangka masa ditetapkan dapat memastikan penyediaan benih pokok getah berkualiti untuk keperluan tanaman semula getah pada 2013.

"Gerakan mengutip biji getah fasa kedua akan diadakan pada musim biji getah gugur iaitu sekitar Ogos sehinggalah September depan di seluruh negara. Setiap kilogram biji getah (dalam anggaran 150 hingga 200 biji) yang dikutip akan dibayar sebanyak RM3 oleh anak syarikat kami, RISDA Semaian. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment