My Add

Thursday 17 May 2012

RM19 bilion majukan prasarana luar bandar

KUALA LIPIS, RABU, 16 Mei, 2012: Kerajaan Barisan Nasional (BN) memperuntukkan sebanyak RM19 billion bagi meningkatkan infrastruktur luar bandar tahun ini dan ia merupakan peruntukan pembangunan kerajaan yang besar selain peruntukan pendidikan serta keselamatan.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berkata, kerajaan berusaha meningkatkan infrastruktur asas bagi kawasan luar bandar seperti jalan kampung, bekalan air termasuk penempatan Orang Asli, bekalan elektrik dan lain lain.

Tambahnya, sepanjang tempoh dua tahun ini, kementerian menyiapkan 1,000 kilometer (km) jalan kampung berbanding sebelum ini iaitu 500km yang mengambil masa lima tahun untuk disiapkan.

''Dalam tempoh tiga tahun ini juga sebanyak 27,000 isi rumah telah mendapat bekalan elektrik yang merangkumi 150,000 penduduk di Sabah dan Sarawak dan seramai 230,000 penduduk di Semenanjung," katanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment