My Add

Saturday 12 May 2012

Rumah pam loji didakwa rosak

*SEBAHAGIAN wakil badan bukan kerajaan dan wakil penduduk menunjukkan loji kumbahan yang didakwa tidak disenggara sehingga penduduk di pangsapuri berhampiran terpaksa menghidu bau busuk sejak 20 tahun lalu di Ampang, semalam. - BERNAMA

Oleh NUR NAZLINA NADZARI
AMPANG, JUMAAT, 11 Mei, 2012: Busuk dan meloyakan!

Itulah yang dialami oleh penduduk di Pangsapuri Inai, Pandan Indah yang terpaksa menghidu bau busuk dari Loji Rawatan Air Kumbahan berhampiran sejak 20 tahun lalu disebabkan kerosakan rumah pam.

Setiausaha persatuan penduduk, Abu Hasan Thambi mendakwa, rumah pam loji yang terletak bersebelahan pangsapuri lapan blok itu hanya berfungsi dengan sempurna dua tahun pertama semasa mereka pindah ke situ pada tahun 1990.

Katanya, kegagalan pihak bertanggungjawab melakukan kerja-kerja membaik pulih menyebabkan penduduk terpaksa menghidu bau busuk setiap hari. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment